Sunday, May 8, 2011

Menghayati Cinta 2


Di dalam setiap badan manusia, ada suatu organ kritikal yang tugasnya mengepam darah ke seluruh tubuh. Itulah jantung. Heart. Kalbu. Seringkali juga ia dipanggil Hati (walaupun sebenarnya istilah 'hati' adalah kurang tepat dan sering membawa keliru kepada umum).

Hati (baca: jantung) begitu berkait dengan pelbagai perasaan yang dirasakan oleh manusia - di dalam drama, penulisan, lagu, perbualan harian, malah dalam mimpi.



"aku sakit hati betul dengan si lembu kaki kipas tu"

"sanggup awak buat hati saya remuk macam ni"

"OMG, hati i nak meletup bila at last dia tanye i soalan yang i tunggu2 tu"



Suatu lagi perkara yang sangat sinonim dengan hati; Cinta.

Barangkali sudah bosan (mungkin juga sampai menjengkelkan) setiap kali asyik terbaca atau terdengar,
'Ayuh menuju cinta sebenar, cinta yang kudus, cinta Ilahi'.
Hakikatnya - bila difikirkan - memang itulah sebenarnya cinta yang tidak akan mengecewakan. Sungguh.

Banyak hal boleh dikait dengan cinta. Cinta kepada profesyen, makanan, kucing, fotografi, keluarga, dan segala bagai.
Sedihnya, ternampak - telah sekian lama - lebih banyak peringatan (dalam lagu, dalam cerita, dan lain2) yang meraikan cinta nafsu, cinta berlandas hedonism semata. Sungguh.



"Ask me to and I'll do anything for you baby, for you baby"

"Shot through the heart as I lay there alone in the dark
Through the heart it's all part of the game we call love"

"Cinta, tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa"

"Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
Tak ingin rasa sepi meratapi malang tanpa dirinya"

"Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu"

"I would fly you to the moon and back
If you'll be, if you'll be my baby"

"Kaulah cinta pertama dan terakhir untuku
Ku berjanji kan menantimu
Setia menunggu di pintu syurga"

"'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e"

"Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara"

"Never ever has a lady hit me on the first sight
This was something special; this was just like dynamite
Honey got a booty like pow, pow, pow
Honey got some boobies like wow, oh wow
Girl you know I’m loving your, loving your style"

"Forget about your boyfriend and meet me at the hotel room
You can bring your girlfriends and meet me at the hotel room"



Bukan semua, tapi banyak. Cinta nafsu terus diagung-agungkan. Dalam lagu, dalam filem. Bercinta demi cinta. Hidup mati demi cinta. Hilang cinta bagai hilang erti hidup. Cinta gila. Sanggup segala. Ikrar, janji setia. Hingga ke syurga; kononnya.

Tipikal classical conditioning. Babak-babak cinta disertai lagu-lagu yang mendatangkan rasa mahu. Di bawah sedar, hati berkata "Aku nak yang macam itu juga". Memori cinta disulam juga dengan lagu. Tiap kali terdengar lagu yang itu, atau yang bertema sama, hati berasa asyik lagi.
Sehingga terpercaya, bercampur realiti dan fantasi. Rekaan-rekaan konsep cinta dalam lagu, dalam cerita, terus diyakini. "Beginilah sepatutnya cinta. Inilah cinta. Aku mahu yang macam ini. Aku sanggup. Aku mahu yang macam ini".

Terus memburu cinta gila. Bila cinta tak terasa seperti yang digambarkan, belum seperti yang diharapkan, terus memburu, terus berusaha menggapai 'cinta'. Kecewa, terus mencari cinta yang lain, terus mencari. Kalau tak bercinta, kalau tak berpasangan, terasa dipandang janggal. Pelik. Freak. Terus sanggup itu, sanggup ini. Batas-batas terasa rapuh, ringan untuk dilanggar. Sanggup ditipu, mudah tertipu dek manis kata. Emosi merajai rasional. Hanya untuk suatu mirage, suatu ilusi. Sampai terkadang - walaupun awalnya tidak terniat, tidak tersangka - ada yang tergadai segala. Segala.


Berbaloikah lazat yang sekejap itu? Tidak.


"Alang-alang sudah terlanjur,
apa bezanya kalau aku hentikan keterlanjuranku di sini?
Ah.. Nanti nanti saja"


Benarkah begitu? Tidak.

Kadang-kadang sampai luarbiasa kesanggupannya, sampai di luar norma.

Jalan pulang masih ada.
Jangan jadi racun.
Ayuh pulang.

Tak salah bercinta. Malah perlu.
Biar kena cara. Biar dengan ilmu.
Biar kena tempat. Jangan melulu.
Bukan berpandu liar nafsu.
Cinta sebenar tak akan layu.
Cinta agung, membawa bersatu.
Cinta suci, hanya yang Satu.

Ayuh kawan,
Ayuh luruskan haluan cinta kita semua,
Luruskan haluan cinta kami semua, Tuhan.
Amin...



"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum
yang berfikir"
(Surah Ar-Rum 30:21)