Thursday, June 17, 2010

Terus dan Terurus

BismiLLAHirRahmaanirRahiim...

Assalamu'alaikumwarahmatuLLAH...

salam sejahtera.


celaka pengganas yahudi,
celaka pihak yang sukarela mendukung pengganas yahudi.

walaupun sedikit, masih lagi
tak semua yahudi pengganas,
tak semua yahudi kafir,
tak semua yahudi binatang.

yang pasti, sekarang ni dah jelas, siapa yang pengganas, siapa yang tertindas. akal seorang kanak-kanak yang baru mumayyiz pun boleh memahami bahawa askar-askar lengkap bersenapang menyerang insan-insan tak bersenjata itu zalim. tak perlu lagi rasanye nak hurai panjang lebar tentang manusia berjantung syaitan ni. hal yang lebih relevan ialah apa tindakan kita seterusnya.

alangkah mudahnya kalau kita boleh selesa dengan berita macam ni seakan-akan ia seperti gosip-gosip liar artis; keratan akhbar tu jadi lapik kupas bawang di keesokan hari. tidak, mungkin itu langsung bukan langkah yang ideal.
insiden serangan komando israel terhadap kapal aktivis ke palestin, Mavi Marmara, dan penahanan kapal Rachel Corrie jelas adalah pencabulan hak dan undang-undang. ni bukan lagi konflik antara pegangan agama semata-mata, ini adalah kezaliman terhadap kemanusiaan sejagat.

namun, apakah tiap kali hal-hal sebegini terjadi, kita hanya berteriak marah seminggu dua, kemudian kembali seperti sedia kala. adakah cukup sesuatu perjuangan itu dengan hanya berbekalkan semangat? bukankah perjuangan itu - perjuangan apapun - harusnya disertakan ilmu (dan perancangan dan tindakan dan doa dan sebagainya). lebih penting, bukankah perjuangan itu memerlukan ketekalan; istiqamah? ayuh saling memperingat:


Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Tingkatkanlah amalanmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amalan seseorang itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga.

Para sahabat bertanya, “Adakah amalanmu juga begitu, wahai Rasulullah”?

Jawab Rasulullah SAW: “Amalanku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya.

Ketahuilah, sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit”.

(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



ayuh bingkas

ayuh ikhlas
ayuh berilmu
ayuh beristiqamah

No comments:

Post a Comment