Sunday, August 15, 2010

Pendirian Lalang

baru-baru ni, aku tulis sesuatu, berbaur sindiran:





aku lalang,

angin tiup, huyung-hayang,

ikut saja; senang,



ayuh minum,

aku minum,

ayuh main,

aku main,

ayuh hisap,

aku hisap,


hidup aku susah,

kau tak faham,



gaya,

aku tenang,


aku hebat,

aku hebat,

aku hebat, bukan?



selang beberapa hari, aku terbaca artikel di majalah Solusi isu 21 yang berkait dengan lalang, sebab lalang tu tanaman.
ada satu hadis dalam artikel tu mengaitkan mukmin dan tanaman.



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Perumpamaan orang mukmin adalah seperti tanaman yang selalu digoncang angin. (begitu juga) orang mukmin selalu diduga dengan pelbagai dugaan dan cubaan"

(hadis riwayat al-Tirmizi)




Hadis ini menggambarkan bagaimana teguhnya keimanan orang mukmin yang sentiasa sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan ini.
Hadis ini juga menunjukkan bahawa orang mukmin yang sebenar sentiasa diuji dengan pelbagai ujian yang berat.



secara hakiki, lalang tetap lalang.

tanaman tetap tanaman.

lemah atau kuat, terpulang cara kau pandang.

seperti juga pendirian, kuat atau lemah,

betul atau neutral atau salah.





لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ..."

(Al-Baqarah 2:286)




jangan mengalah,
jangan pernah mengalah.



No comments:

Post a Comment