Monday, November 15, 2010

Bila? Bagaimana?

Beberapa hari lepas, seorang perempuan tua meninggal dunia. Umurnya awal 80-an.

Ketika dia pergi, dia keseorangan.
Si ibu tua menghembus nafas terakhir di rumah anak yang mengambil giliran menjaganya.
Si anak keluar sebentar untuk ke kedai.
Si ibu tua memanggil-manggil cucu, barangkali ingin meminta sesuatu, atau mungkin untuk mengadu.
Sangka cucu, panggilan yang seperti biasa, tak ada apa-apa yang kritikal sangat.
Panggilan nenek tidak diendahkan.

Suatu tempoh senyap.

Disangka si ibu tua tertidur.
Tapi kali ni nampak tidurnya lain sedikit.
Doktor dipanggil.
Hanya akhirnya doktor mengesahkan kematian.
Sakit tua.

Sesungguhnya segala-gala adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali



Terdetik.



Bilakah masaku?
Bagaimana?
Di mana?

Bila?

Bila?



Terbaca petikan artikel majalah Solusi isu 25:

'...jadikanlah dunia umpama jambatan yang kita lalui. pastikan ia teguh, kukuh... tetapi bukan untuk berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. rumah kita yang hakiki adalah di dalam syurga...'



Banyak sekali lagu-lagu cinta meluahkan segala janji setia, menunggu di pintu syurga.

Soalannya, berapa pasti dapat sampai ke pintu syurga?



Aku sering lalai.

Aku ingin mati dalam cinta yang benar.



Amin, Ya Rabb...





3 comments:

  1. doakan aku sekali bro.

    cetusan ini merisaukan.

    ReplyDelete
  2. oh ya,apa signifakan dgn gamba di atas?

    ReplyDelete
  3. gambar?

    bulat kecil mewakili kehidupan di dunia,
    tampak hijau; cantik.
    tapi, yang sebenarnya pandangan kasar itu terhijab; gelap.

    apakah akan terus terleka dengan mainan pancaindera,
    atau beringat bahawa akhirat itu benar.

    harapannya,
    tiba masa kebenaran itu ternampak jelas,
    tidak menyesal dengan dunia yang telah berlalu.

    :'|

    ReplyDelete